Sunday, June 30, 2013

Semalam terdengar lagu di radio, Mamat Exist tajuk IBU, teringat pada arwah emak yang sudah pulang ke pangkuan Ilahi tahun1990. Sebak, tergenang air mata. Ketika itu 1990 saya baru posting guru ke Pontian Johor. Baru 2 hari lepas bertemu emak di hospital, berita sedih saya terima dari penyelia petang. Soalannya, masih saya ingat sampai kini 'Emak cikgu sakit ye', sekarang  dah tak ada'. Antara percaya dengan tidak, pelbagai rasa tak tau nak kata, lemah seluruh anggota terus menangis. waktu itu fikir nak balik macamana, kena naik bas ekspes dari Pontian ke Kuala Lumpur sebab saya tinggal di Selangor. Seharian menangis kerana dapat tiket bas perjalanan malam dan akan sampai keesokan paginya. Bayangkan perassaan masa tu, tak terdaya nak bergerak cepat kerana kenderaan belum punya, kaum keluarga jauh. Sudah tentu mereka tidak akan ambil saya yang jauh di selatan. Dalam perjalanan bas malam alangkah lamanya saya rasa nak sampai ke KL. Saya bawa al Quran. Saya baca dlm bas nak hilangkan kesedihan. Sampai di Puduraya waktu itu menjadi perhentuan bas utama, abang saya sudah menunggu untuk balik ke rumah di Kuala Selangor. Saya belum berkahwin ketika itu. Akan bersambung- tunggu ye saya nak buat kerja sekolah sekarang ni.

Wednesday, June 26, 2013

pbs lagi- sekolah akan menerima pemantau dari atas untuk tengok pbs macamana dilaksanakan di sekolah. Guru-guru pulun jugalah cuba menyiapkan fail-fail. Alahai, banyaknya.

Monday, June 17, 2013

PBS

awal pagi di bilik mula nak menyiapkan menanda lembaran2 PBS yang cukup banyak. PBS-paling banyak semakan. Maklumlah sekarang tugas mengajar dalam kelas banyak diselang-seli dengan kerja-kerja perkeranian yang sangat meletihkan minda. Tension kalau tak sabar. Jadi yang penting sekarang sabar.