Monday, July 29, 2013

Pelbagai cara boleh dilakukan

Rupanya isteri banyak yang menderita disebabkan fiil suami dan itu bikin stress yang bukan sedikit. Apa yang perlu dibuat, bersabar, relaxkan minda, bacalah kalimah-kalimah Allah yang boleh melembutkan suami. tapi tolong ye para isteri jangan sekali-kali berbuat yang bertentangan dengan syarak, berdosa tu. Cara-caranya ialah:

Sunday, July 28, 2013

Bulan Ramadhan masjid dan surau ada tazkirah yang menyampaikan banyak info dan senua mengajak kepada kebaikan. Alhamdulillah. Mudah bagi kita mendapat ilmu sambil kita menunaikan solat tarawikh.
assalamualakum
ada saya dengar ustaz berkata sekiranya kita berjunpa dengan kawan dan di kala berpisah kita akan bersalam dan waktu itu kita digalakkan berkata, "maafkan saya" dan "doakan saya. Bagus tu sebab kita kan meminta maaf selalu dan mengurangkan dosa kita.

Sunday, July 21, 2013

Hilangkan stress dengan mengaji Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan untuk habis satu Quran sepanjang bulan ini kaedahnya ialah setiap hari perlu membaca 20 muka surat sahaja dan untuk bagikan dengan waktu solat yang lima maka selepas setiap solat fardhu perlu membaca dalam empat muka surat. Anda akan habis membacanya dalam tempoh sebulan itu. Sama-sama kita amalkan.

Monday, July 15, 2013

Kita hidup kena berfikir selalu dan sentiasa ingat akan hukum-hakam agama. Jangan amalkan matlamat menghalalkan cara, yang diperkenalkan oleh Marchiavelli kerana itu bukan amalan dalam Islam.Bila itu diamalkan maka akan timbul itu kebiasaan sedangkan kita perlu biasakan yang betul dan betulkan yang biasa yang tak betul. Betul atau benar itu memang amalan dalam Islam kerana Islam itu kebenaran dan benar. Di mana-manapun kita kerja perlu amalkan yang ini kerana ramai tidak nampak kebenaran ini kerana manusia biasanya tidak mahu atau kurang sedikit hendak duduk berfikir sejenak Stress akan bertambah stress jika kita amalkan perkara-perkara yang tak betul. Percayalah jika kita mengamalkan perkara-perkara yang betul, insyaAllah stress jauh dari kita, hidup akan lebih tenang dan relax.

Wednesday, July 10, 2013

Bila mula sahaja puasa minda akan terus pergi kepada hari raya. Elakkan stress ye bila buat persediaan untuk hari raya. Apakata kita cuba sediakan satu sahaja baju baru u ntuk kita dan keluarga kita, jangan lebih.Kalau lebih belanjanya lebih dan ini boleh bikin stress. Langsir jangan ganti baru, kereta pun jangan ganti baru dan lain-lain pun tak perlu baru kerana sunnahnya kita hanya disuruh berpakaian baru sahaja. Persiapan makanan, kuih muih jangan banyak sebab nanti akhirnya bayak terbuang kerana tak nak dimakan. Stress kan kita kalau nampak kuih-kuih berlebihan yang tak mahu dimakan dan orang lain pun tak nak makan sebab dah jemu