Monday, July 15, 2013

Kita hidup kena berfikir selalu dan sentiasa ingat akan hukum-hakam agama. Jangan amalkan matlamat menghalalkan cara, yang diperkenalkan oleh Marchiavelli kerana itu bukan amalan dalam Islam.Bila itu diamalkan maka akan timbul itu kebiasaan sedangkan kita perlu biasakan yang betul dan betulkan yang biasa yang tak betul. Betul atau benar itu memang amalan dalam Islam kerana Islam itu kebenaran dan benar. Di mana-manapun kita kerja perlu amalkan yang ini kerana ramai tidak nampak kebenaran ini kerana manusia biasanya tidak mahu atau kurang sedikit hendak duduk berfikir sejenak Stress akan bertambah stress jika kita amalkan perkara-perkara yang tak betul. Percayalah jika kita mengamalkan perkara-perkara yang betul, insyaAllah stress jauh dari kita, hidup akan lebih tenang dan relax.

No comments:

Post a Comment