Monday, July 29, 2013

Pelbagai cara boleh dilakukan

Rupanya isteri banyak yang menderita disebabkan fiil suami dan itu bikin stress yang bukan sedikit. Apa yang perlu dibuat, bersabar, relaxkan minda, bacalah kalimah-kalimah Allah yang boleh melembutkan suami. tapi tolong ye para isteri jangan sekali-kali berbuat yang bertentangan dengan syarak, berdosa tu. Cara-caranya ialah:

Sunday, July 28, 2013

Bulan Ramadhan masjid dan surau ada tazkirah yang menyampaikan banyak info dan senua mengajak kepada kebaikan. Alhamdulillah. Mudah bagi kita mendapat ilmu sambil kita menunaikan solat tarawikh.
assalamualakum
ada saya dengar ustaz berkata sekiranya kita berjunpa dengan kawan dan di kala berpisah kita akan bersalam dan waktu itu kita digalakkan berkata, "maafkan saya" dan "doakan saya. Bagus tu sebab kita kan meminta maaf selalu dan mengurangkan dosa kita.

Sunday, July 21, 2013

Hilangkan stress dengan mengaji Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan untuk habis satu Quran sepanjang bulan ini kaedahnya ialah setiap hari perlu membaca 20 muka surat sahaja dan untuk bagikan dengan waktu solat yang lima maka selepas setiap solat fardhu perlu membaca dalam empat muka surat. Anda akan habis membacanya dalam tempoh sebulan itu. Sama-sama kita amalkan.

Monday, July 15, 2013

Kita hidup kena berfikir selalu dan sentiasa ingat akan hukum-hakam agama. Jangan amalkan matlamat menghalalkan cara, yang diperkenalkan oleh Marchiavelli kerana itu bukan amalan dalam Islam.Bila itu diamalkan maka akan timbul itu kebiasaan sedangkan kita perlu biasakan yang betul dan betulkan yang biasa yang tak betul. Betul atau benar itu memang amalan dalam Islam kerana Islam itu kebenaran dan benar. Di mana-manapun kita kerja perlu amalkan yang ini kerana ramai tidak nampak kebenaran ini kerana manusia biasanya tidak mahu atau kurang sedikit hendak duduk berfikir sejenak Stress akan bertambah stress jika kita amalkan perkara-perkara yang tak betul. Percayalah jika kita mengamalkan perkara-perkara yang betul, insyaAllah stress jauh dari kita, hidup akan lebih tenang dan relax.

Wednesday, July 10, 2013

Bila mula sahaja puasa minda akan terus pergi kepada hari raya. Elakkan stress ye bila buat persediaan untuk hari raya. Apakata kita cuba sediakan satu sahaja baju baru u ntuk kita dan keluarga kita, jangan lebih.Kalau lebih belanjanya lebih dan ini boleh bikin stress. Langsir jangan ganti baru, kereta pun jangan ganti baru dan lain-lain pun tak perlu baru kerana sunnahnya kita hanya disuruh berpakaian baru sahaja. Persiapan makanan, kuih muih jangan banyak sebab nanti akhirnya bayak terbuang kerana tak nak dimakan. Stress kan kita kalau nampak kuih-kuih berlebihan yang tak mahu dimakan dan orang lain pun tak nak makan sebab dah jemu
Kini dahpun mula bulan puasa,10 Julai 2013 hari Rabu. Nampak kesian murid-murid dalam kelas, suasana sekolah sunyi sepi dan kebetulan 2 hari ini cuaca agak dingin kerana hujan walaupun sebelum ini panas yang panas.Rahmat Allah yang memberi hujan

Sunday, June 30, 2013

Semalam terdengar lagu di radio, Mamat Exist tajuk IBU, teringat pada arwah emak yang sudah pulang ke pangkuan Ilahi tahun1990. Sebak, tergenang air mata. Ketika itu 1990 saya baru posting guru ke Pontian Johor. Baru 2 hari lepas bertemu emak di hospital, berita sedih saya terima dari penyelia petang. Soalannya, masih saya ingat sampai kini 'Emak cikgu sakit ye', sekarang  dah tak ada'. Antara percaya dengan tidak, pelbagai rasa tak tau nak kata, lemah seluruh anggota terus menangis. waktu itu fikir nak balik macamana, kena naik bas ekspes dari Pontian ke Kuala Lumpur sebab saya tinggal di Selangor. Seharian menangis kerana dapat tiket bas perjalanan malam dan akan sampai keesokan paginya. Bayangkan perassaan masa tu, tak terdaya nak bergerak cepat kerana kenderaan belum punya, kaum keluarga jauh. Sudah tentu mereka tidak akan ambil saya yang jauh di selatan. Dalam perjalanan bas malam alangkah lamanya saya rasa nak sampai ke KL. Saya bawa al Quran. Saya baca dlm bas nak hilangkan kesedihan. Sampai di Puduraya waktu itu menjadi perhentuan bas utama, abang saya sudah menunggu untuk balik ke rumah di Kuala Selangor. Saya belum berkahwin ketika itu. Akan bersambung- tunggu ye saya nak buat kerja sekolah sekarang ni.

Wednesday, June 26, 2013

pbs lagi- sekolah akan menerima pemantau dari atas untuk tengok pbs macamana dilaksanakan di sekolah. Guru-guru pulun jugalah cuba menyiapkan fail-fail. Alahai, banyaknya.

Monday, June 17, 2013

PBS

awal pagi di bilik mula nak menyiapkan menanda lembaran2 PBS yang cukup banyak. PBS-paling banyak semakan. Maklumlah sekarang tugas mengajar dalam kelas banyak diselang-seli dengan kerja-kerja perkeranian yang sangat meletihkan minda. Tension kalau tak sabar. Jadi yang penting sekarang sabar.

Tuesday, May 14, 2013

Pagi2 bangun baca al muqtadir, insyaAllah kerja anda hari itu boleh selesai, anda akan berpuas hati. Jangan lupa baca tu sebanyak 20 kali Lakukan kerja seharian anda dengan tenang, senyum dan ikhlas. Positif pada semua perkara, pada apa yang anda lihat, pada apa yang anda dengar dan pada apa yang anda buat. Kata nak hilang stress kan. relaks amat penting especially kalau kita ni dah berumur, kalau tak relaks tunggang langgang hari yang kita hadapi. pagi2 kerja terus tumpu , lapar makan kalau anda tak berpuasa hari tu, kalau rajin amalkan solat dhuha mulai pukul 8.00 pagi sampai sebelum zohor. zikir apa yang anda rasa boleh

Sunday, May 12, 2013

Sekarang musim exam pertengahan tahun. ade anak , ade anak murid, risau kalau anak dan anak murid tak prepare utk exam, maklumlah kita ni emak. nak paksa anak baca buku, alamak zaman sekarang sungguh sukar, Tilap2 anak nangis dan merajuk terus, teruklah nanti kita. Sape yang tak nak anak dan anak murid berjaya kan, sape yang tak nak tu memang takde perasaan.
Janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membelakangi
“Janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membelakangi (saling berpaling), dan janganlah kalian saling memutuskan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (H.R. Muttafaq ‘alaih)
Hadis ini diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam “Al Adab” dan Muslim dalam “Al Birr”. Lebih khusus tentang larangan dengki disebutkan oleh Rasulullah saw. dalam hadis lain:
“Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (H.R Abu Dawud).
Dengki didefiniskan oleh para ulama sebagai:
“Mengangankan hilangnya kenikamatan dari pemiliknya, baik kenikmatan (yang berhubungan dengan) agama maupun dunia.”

elloooooo